Thursday, June 11, 2009

seminar kekeluargaan

Insitusi kekeluargan adalah amat penting dalam membina kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Kedamaian keluarga bergantung sejauh mana kerukunan, keharmonian dan kasih sayang dapat dihayati berteraskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT melalui proses tarbiyyah Islamiyah. Rumahtanga adalah suatu medan yang dapat membantu individu-individu muslim/muslimah melaksanakan amal Islami yang berterusan tanpa diganggu-gugat ketidakselesaan persekitaran rumahtangga.


Oleh yang demikian Haluan Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama Sekolah Rendah Ummi dengan penuh tanggungjawab akan menganjurkan "Seminar Kekeluargaan". Adalah diharapkan melalui seminar ini para peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan maklumat dengan fasilitator dalam memahami asas-asas keharmonian rumahtangga,erti kasih sayang dan pengharapan perkongsian rumahtangga dan juga kaedah-kaedah mendidik anak-anak berasaskan landasan Islam.seminar yg di adakan di dewan koinsan pada 13 jun 2009. seminar ini terbuka kepada ibu bapa yg berminat . seminar ini bertujuan :-

1. Menambah erat kasih sayang dan keharmonian rumahtangga.

2. Membantu merongkai kekusutan dan kebuntuan penyelesaian permasalahan rumahtangga melalui tarbiyyah. Menguatkan keazaman suami isteri meningkatkan kedamaian dan kerukunan rumahtangga.

3. Kaedah mendidik anak-anak dalam menghadapi zaman yang penuh pancaroba.

No comments: